Wednesday, December 12, 2012

Red Velvet Cup Cake


Minggu lepas seorang sahabat telefon ingin menempah Red Velvet kek untuk hadiah birthday kepada seorang lagi sahabat kami. Hmm nak terima ke tak sebab selama nie pun tak la ambik pusing sangat pasal tempahan kek ni sebab lain sangat minat. Tanya encik suami dia cakap dah terima jer la rezeki jangan ditolakkan. So jawapannya YES NOTED UR ORDER!!!

    Maka bermula la episod membuat Red Velvet atau lebih dikenali RV sebagai nama ringkasnya. Saya mencadangkan kepada sahabat yang saya akan membuat RV nie dalam bentuk cup cake sebab senang dibawa, rupanya yang cute yang paling penting kosnya murah sedikit daripada sebiji kek!!!. Maka sahabat pun bersetujulah dengan bermula tempahan sebanyak 6 biji RV cup cake. 

      RV nie memang dah banyak kali saya buat. Saya rujuk resepi RV nie dari web Joy of Backing. Resepinya senang difaham dan ringkas sahaja. Buat yang teragak-agak nak buat RV nie boleh tenggok pelbagai tutorial di You Tube. Disini saya sertakan resepi RV daripada Joy of Backing tetapi telah diterjemahkan. Saya rujuk terjemahan nie dari Blog Hana's Family. So jom kita buat RV :)

Resepi Red Velvet Cup Cake :

  • 250g tepung kek 
  • 1/2 sk garam 
  • 1 sudu kecil serbuk baking soda
  • 2 sudu kecil serbuk koko (kesemua bahan digaulkan bersama)

  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A 
  • 1sudu kecil esen vanila

  • 2 sudu besar pewarna merah 
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 cawan susu segar

  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.

Begini rupa bahan-bahan yang telah di satukan semua

  • Tuang ke dalam loyang/cup cake dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.

     Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Bahan-bahan untuk topping adalah seperti berikut :


  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
         Satukan cream cheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Setelah anda dapat bahan yang telah kembang dan likat, masukakan sebentar ke dalam peti ais selama 1 jam bagi memekatkan lagi bahan serta memudahkan untuk kita menghias topping nanti. 

           Setelah kek siap dimasak, hiaskan topping cream cheese anda menggunakan piping bag mengikut kreativiti anda!!.



Inilah rupa RV Cup Cake saya yang telah siap dihias!!

My RV Cup Cake ready to delivery!!!

       Inilah hasilnya RV cup cake dari saya. Jadi bidang terjun pula. Alhamdulilah ramai puji dan ada yang ingin tempah lagi. Boleh jadi my part time biz ni!!. Okey kepada yang ingin menempah RV cup cake nie minima order saya ambil 6 biji RM18 dan penghantaran percuma di sekitar tempat terpilih hanya dibandar kuantan, temerloh dan mentakab sahaja tau. PM/Inbox/Message saya di facebook ye!!

       Kepada yang ingin mencuba resepi ini dipersilakan dan selamat mencuba. Percaya gerenti sedap!!

Sunday, December 9, 2012

Ladies Nite Dinner

Sabtu lepas saya telah hadiri Ladies Nite Dinner anjuran persatuan Usahanita Daerah Kuantan yang telah di adakan di Grand Ballroom, Hotel Vistana, Kuantan. Tujuan makan malam ini di adakan adalah untuk mengumpulkan semua ahli persatuan Usahanita dari pelbagai daerah bagi menambahkan lagi jaringan serta merapatkan lagi silaturahim antara sesama ahli.

   Pelbagai acara menarik yang telah disediakan oleh penganjur antaranya pertunjukkan fesyen dari Laili Megat, persembahan artis kumpulan Kembar, pertandingan karaoke, pencarian Best Dress dan Best Make Up, permainan dan tak lupa juga cabutan bertuah.

    Memang meriah dan gamatlah malam tu. Kebanyakan tetamu yang datang melaram habis dengan pakaian yang cantik untuk merebut gelaran Best Dress dan Best Make up. Saya juga tidak ketinggalan melaram!!.


   Malam tu saya memilih untuk bertemakan back & white. Sesungguhnya hitam itu menawan dimata auww. Saya memilih maxi dress yang simple berwarna hitam digayakan bersama cape blazer berwarna putih dari Ammara Hijabi dan Shawl Hal Moon dari Radiusite. Bagi pelengkap gaya saya tambahkan aksesori tali pinggang yang hanya berharga RM15 sahaja, clutch bag berwarna hitam dari Vincci, kasut pula dari Nose dan rantai mutiara dari Spain. Ringkas tetapi menawan!!!

Barisan model yang menggayakan rekaan Laili Megat. Layari facebook page Laili Megat untuk melihat keseluruhan rekaan yang terkini

Bersama pemilik Laili Megat iaitu Puan Nolly

Bersama dengan pemilik butik Mylea 
 Okey ini sahaja yang saya ingin kongsikan buat hari ni nanti ketemu lg ye :)


    

Wednesday, November 28, 2012

It's My Birthday Today!!!

Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi diberi nafas sehingga ke saat ini dan menyambut sekali lagi hari jadi. Umur adalah sekadar angka apa yang lebih penting kita semakin menjadi matang dalam kehidupan. Pelbagai pengalaman telah ditempuh suka dan duka itu semua sebagai pengajaran dan bekalan bagi menjalani kehidupan yang mendatang.

   Harapan saya agar segala yang doakan dan impikan akan menjadi kenyataan...amin :). So oleh kerana hari ini sungguh istimewa saya telah memilih outfit yang tak pernah lagi saya gayakan iaitu kimono cardigan!!. 


     Hari ni my hubby ajak lunch date sempena nak celebrate birthday girl ni. Saya pilih kimono cardigan yang dibeli online di Pandieka Raccolta, seluar jeans biru dari Forever 21, chiffon half moon shawl pula dari Qish Qish butik dan sedikit aksesori dari Nose, Vincci dan Rayban. Memang sangat selesa dengan kimono cardigan nie. Simple look hmm maybe saya akan buat sendiri mana tahukan :)

   Birthday date hari ni my hubby ajak celebrate di Hotel Vistana, Kuantan. Segala reservation dan persiapan dia uruskan. Surprise2!!! wah sungguh terharu dengan segala persiapan yang team Hotel Vistana sediakan.


    My hubby orderkan untuk saya Chicken Chop dan untuk dia pula macam biasa Lamb Chop. Dapat pulak Dowry Fish dan Sup Daging Lembu. Memang mewah makananan dan sangat sedap!!!. Di Hotel Vistana ni memang terkenal dengan kesedapan Chicken Chop. Cubalah guys mesti korang setujunya dengan saya. Sedang makan sampai pulak surprise present dari team Hotel Vistana heheh memang terkezut saya :)


Surprise Birthday Cake!! 



Dapat hadiah chocolate dan birthday cake dari team Hotel Vistana 


Puan Azura wakil dari team Hotel Vistana, Kuantan

     Selepas habis makanan utama kami, kami sekali lagi dikejutkan oleh pihak hotel dengan pemanis mulut Banana Split my fav tu!! dan buah-buahan.



   So if u guys nak celebrate apa-apa sahaja bersama orang tersayang saya memang cadangkan pergilah dekat Hotel Vistana, Kuantan. Harga pakej yang ditawarkan memang berpatutan bersama dengan layanan yang diberikan. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus Hotel Vistana, Kuantan di nombor 09-5178000

Monday, November 26, 2012

Peplum!!

Sebenarnya dah lama trend Peplum ni menyerang negara kita ni cuma saya sahaja yang lambat untuk mengayakannya. Bukan ketinggalan atau tidak mengetahui fenomena Peplum ni cuma masih lagi mencari Peplum yang sesuai dengan diri!!

  

Jadi Sabtu baru ni saya memberanikan diri mengayakan Peplum lace trend korea bersama dengan skiny jeans. Untuk memecahkan warna hitam peplum tu saya padankan dengan shawl padle pop dari Radiusite. Hmm dekat page pun ada jugak saya jual tau jenis padle pop ni cuma color block ni sahaj Radiusite ada. Campurkan sedikit aksesori so I'm ready to go!!! jalan-jalan with my family :)

Looking simple but still in fashionable. Korang semua dah dapatkan peplum??. Sekarang ini pelbagai jenis peplum ada di pasaran. Saya suka yang jenis lace ni sebab selain digayakan dengan seluar ianya boleh digayakan jugak dengan skirt!!!. Semua majlis atau tempat sesuai dengan peplum ni tau. Jimat belanja heheh


Thursday, November 22, 2012

Hight Waist Palazzo

Hari ni saya nak share tentang Hight Waist Palazzo, pada yang dah tahu tentang palazzo ni tak apalah ni saya nak share kpd mereka yang belum tahu lagi.

Saya jugak suka kepada seluar jenis hight waist ni. Kepada yang bertubuh pendek macam saya akan nampak kita lebih tinggi jika kita mengayakan baju masuk ke dalam atau istilah lain tie in. Nampak kita smart, look eksekutif or korporat. 

Tetapi oleh kerana kita ni muslimah jangan terlalu mengikut fesyen sehingga melupakan ciri muslimah dan lupa apa yang sesuai atau tidak pada diri kita. Jadi kenali dulu bentuk badan kita ye. 


Look guys Zaza Zaura nampak smart dan eksekutif dengan penampilan Hight Waist Palazzo. Palazzo dan baju ini semua Zaza Zaura beli di butik Blaq http://www.facebook.com/BLAQSHOWROOM?ref=ts&fref=ts


 Ini adalah contoh Hight Waist Palazzo dari jenis material chiffon. Palazzo ni datang dari pelbagai material jadi mudahlah untuk kita memilih mana yang sesuai dengan bentuk badan kita.


Inilah beberapa gaya hight waist palazzo yang boleh kita gayakan. Nampak menarikkan. Hanya dengan sehelai seluar pelbagai gaya boleh dibentuk. Ingat pilih gaya yang sesuai dengan bentuk badan kita tau.



Seleberiti Kim Kardashian bergaya dengan Hight Waist Palazzo. She look smart kan. Bila bergaya begini kita akan nampak lebih berkeyakinan percayalah!!!

Jika Kita terlewat!!!

Mesti kita semua pernah terlewat ke sesuatu tempatkan.. Adatlah tu susah nak cari orang yang boleh tepati masa dan sampai ON TIME. Saya pun sama dengan nak uruskan anak lagi..nak pulak kalau program tu waktu pagi huhuh memang bercinta nak siap.

Rabu baru ni saya perlu hadiri meeting so akibat terlalu asyik menjawab segala comment serta pm anda semua di ByBarika Page, tenggok jam dah 9.15 pagi. Wakakak mak dah terlewat u, mujor dah mandi heheh.

Jadi dengan solekan ringkas, saya pun mengambil apa sahaja yang diboleh dipakai tanpa perlu digosok!!!...inilah hasilnya guyss :)


Inilah gaya simple dari saya, Inner Dress boleh dibeli mana sahaja. Kimono cardigan 2 tone color ni saya beli di butik Sugarcraft, pashmina shawl ni pun beli di sini sahaja dengan harga RM20 dan belt tu saya beli di Vincci dah lama sekali dengan kasut tu pun dari Vincci. Rantai tu pulak tak ingat dah beli mana.

Biarpuan terlewat saya tetap nak bergaya jugak!!! 

Tuesday, November 20, 2012

NEW ARRIVAL RANIA DRESS

Hai Dolls....luv thiz fabulous RANIA DRESS...its simple but looks so sweet...material chiffon with full lining..so mcm biasa all detail ada dekat pic ye..check it out...luv ByBarika






RANIA DRESS
-SOLD OUT-


- SOLD OUT -