Wednesday, November 28, 2012

It's My Birthday Today!!!

Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi diberi nafas sehingga ke saat ini dan menyambut sekali lagi hari jadi. Umur adalah sekadar angka apa yang lebih penting kita semakin menjadi matang dalam kehidupan. Pelbagai pengalaman telah ditempuh suka dan duka itu semua sebagai pengajaran dan bekalan bagi menjalani kehidupan yang mendatang.

   Harapan saya agar segala yang doakan dan impikan akan menjadi kenyataan...amin :). So oleh kerana hari ini sungguh istimewa saya telah memilih outfit yang tak pernah lagi saya gayakan iaitu kimono cardigan!!. 


     Hari ni my hubby ajak lunch date sempena nak celebrate birthday girl ni. Saya pilih kimono cardigan yang dibeli online di Pandieka Raccolta, seluar jeans biru dari Forever 21, chiffon half moon shawl pula dari Qish Qish butik dan sedikit aksesori dari Nose, Vincci dan Rayban. Memang sangat selesa dengan kimono cardigan nie. Simple look hmm maybe saya akan buat sendiri mana tahukan :)

   Birthday date hari ni my hubby ajak celebrate di Hotel Vistana, Kuantan. Segala reservation dan persiapan dia uruskan. Surprise2!!! wah sungguh terharu dengan segala persiapan yang team Hotel Vistana sediakan.


    My hubby orderkan untuk saya Chicken Chop dan untuk dia pula macam biasa Lamb Chop. Dapat pulak Dowry Fish dan Sup Daging Lembu. Memang mewah makananan dan sangat sedap!!!. Di Hotel Vistana ni memang terkenal dengan kesedapan Chicken Chop. Cubalah guys mesti korang setujunya dengan saya. Sedang makan sampai pulak surprise present dari team Hotel Vistana heheh memang terkezut saya :)


Surprise Birthday Cake!! 



Dapat hadiah chocolate dan birthday cake dari team Hotel Vistana 


Puan Azura wakil dari team Hotel Vistana, Kuantan

     Selepas habis makanan utama kami, kami sekali lagi dikejutkan oleh pihak hotel dengan pemanis mulut Banana Split my fav tu!! dan buah-buahan.



   So if u guys nak celebrate apa-apa sahaja bersama orang tersayang saya memang cadangkan pergilah dekat Hotel Vistana, Kuantan. Harga pakej yang ditawarkan memang berpatutan bersama dengan layanan yang diberikan. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus Hotel Vistana, Kuantan di nombor 09-5178000
after

No comments: