Sunday, December 9, 2012

Ladies Nite Dinner

Sabtu lepas saya telah hadiri Ladies Nite Dinner anjuran persatuan Usahanita Daerah Kuantan yang telah di adakan di Grand Ballroom, Hotel Vistana, Kuantan. Tujuan makan malam ini di adakan adalah untuk mengumpulkan semua ahli persatuan Usahanita dari pelbagai daerah bagi menambahkan lagi jaringan serta merapatkan lagi silaturahim antara sesama ahli.

   Pelbagai acara menarik yang telah disediakan oleh penganjur antaranya pertunjukkan fesyen dari Laili Megat, persembahan artis kumpulan Kembar, pertandingan karaoke, pencarian Best Dress dan Best Make Up, permainan dan tak lupa juga cabutan bertuah.

    Memang meriah dan gamatlah malam tu. Kebanyakan tetamu yang datang melaram habis dengan pakaian yang cantik untuk merebut gelaran Best Dress dan Best Make up. Saya juga tidak ketinggalan melaram!!.


   Malam tu saya memilih untuk bertemakan back & white. Sesungguhnya hitam itu menawan dimata auww. Saya memilih maxi dress yang simple berwarna hitam digayakan bersama cape blazer berwarna putih dari Ammara Hijabi dan Shawl Hal Moon dari Radiusite. Bagi pelengkap gaya saya tambahkan aksesori tali pinggang yang hanya berharga RM15 sahaja, clutch bag berwarna hitam dari Vincci, kasut pula dari Nose dan rantai mutiara dari Spain. Ringkas tetapi menawan!!!

Barisan model yang menggayakan rekaan Laili Megat. Layari facebook page Laili Megat untuk melihat keseluruhan rekaan yang terkini

Bersama pemilik Laili Megat iaitu Puan Nolly

Bersama dengan pemilik butik Mylea 
 Okey ini sahaja yang saya ingin kongsikan buat hari ni nanti ketemu lg ye :)


    
after

No comments: