Wednesday, December 12, 2012

Red Velvet Cup Cake


Minggu lepas seorang sahabat telefon ingin menempah Red Velvet kek untuk hadiah birthday kepada seorang lagi sahabat kami. Hmm nak terima ke tak sebab selama nie pun tak la ambik pusing sangat pasal tempahan kek ni sebab lain sangat minat. Tanya encik suami dia cakap dah terima jer la rezeki jangan ditolakkan. So jawapannya YES NOTED UR ORDER!!!

    Maka bermula la episod membuat Red Velvet atau lebih dikenali RV sebagai nama ringkasnya. Saya mencadangkan kepada sahabat yang saya akan membuat RV nie dalam bentuk cup cake sebab senang dibawa, rupanya yang cute yang paling penting kosnya murah sedikit daripada sebiji kek!!!. Maka sahabat pun bersetujulah dengan bermula tempahan sebanyak 6 biji RV cup cake. 

      RV nie memang dah banyak kali saya buat. Saya rujuk resepi RV nie dari web Joy of Backing. Resepinya senang difaham dan ringkas sahaja. Buat yang teragak-agak nak buat RV nie boleh tenggok pelbagai tutorial di You Tube. Disini saya sertakan resepi RV daripada Joy of Backing tetapi telah diterjemahkan. Saya rujuk terjemahan nie dari Blog Hana's Family. So jom kita buat RV :)

Resepi Red Velvet Cup Cake :

  • 250g tepung kek 
  • 1/2 sk garam 
  • 1 sudu kecil serbuk baking soda
  • 2 sudu kecil serbuk koko (kesemua bahan digaulkan bersama)

  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A 
  • 1sudu kecil esen vanila

  • 2 sudu besar pewarna merah 
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 cawan susu segar

  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.

Begini rupa bahan-bahan yang telah di satukan semua

  • Tuang ke dalam loyang/cup cake dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.

     Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Bahan-bahan untuk topping adalah seperti berikut :


  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
         Satukan cream cheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Setelah anda dapat bahan yang telah kembang dan likat, masukakan sebentar ke dalam peti ais selama 1 jam bagi memekatkan lagi bahan serta memudahkan untuk kita menghias topping nanti. 

           Setelah kek siap dimasak, hiaskan topping cream cheese anda menggunakan piping bag mengikut kreativiti anda!!.



Inilah rupa RV Cup Cake saya yang telah siap dihias!!

My RV Cup Cake ready to delivery!!!

       Inilah hasilnya RV cup cake dari saya. Jadi bidang terjun pula. Alhamdulilah ramai puji dan ada yang ingin tempah lagi. Boleh jadi my part time biz ni!!. Okey kepada yang ingin menempah RV cup cake nie minima order saya ambil 6 biji RM18 dan penghantaran percuma di sekitar tempat terpilih hanya dibandar kuantan, temerloh dan mentakab sahaja tau. PM/Inbox/Message saya di facebook ye!!

       Kepada yang ingin mencuba resepi ini dipersilakan dan selamat mencuba. Percaya gerenti sedap!!

after

No comments: